PETALING JAYA – Syarikat semikonduktor, QES Group Berhad (QES) mengukuhkan komitmen terhadap amalan mampan dan inovasi dengan membangunkan loji bernilai RM40 juta di Taman Perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang (QES 2@BKIP) yang memanfaatkan tenaga suria untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga elektrik konvensional.
QES 2@BKIP direka untuk meminimumkan impak alam sekitar dan mencapai pensijilan bangunan hijau dengan penggunaan bahan mesra alam serta pelaksanaan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui.
Projek tersebut dijangka mencipta 100 peluang pekerjaan berkualiti tinggi dalam tempoh tiga tahun.
QES 2@BKIP juga bakal menempatkan Applied Engineering Technology (M) Sdn. Bhd. (AETM), sebuah syarikat usaha sama bersama rakan kongsi dari Amerika Syarikat, Applied Engineering Inc.
Langkah tersebut akan menggandakan ruang kilang AETM daripada kemudahan sewaan semasa yang berkeluasan 18,000 kaki persegi (1,672 meter persegi) kepada kira-kira 30,000 kaki persegi (2,787 meter…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
