
BAGAN DATUK – QL Resources Berhad (QL Resources) meluaskan prospek pemasaran produknya dengan membina hab perkilangan makanan bersepadu baharu seluas 40 hektar di Hutan Melintang dengan kos pembinaan sebanyak RM1.3 bilion.
Pengerusi Eksekutifnya, Dr. Chia Song Kun berkata, Taman Industri QL Innofood yang dijangka siap sepenuhnya 10 tahun lagi itu akan mempunyai 13 kemudahan pengeluaran dengan kapasiti gabungan 130,000 tan metrik (mt) setahun.
Menurut beliau, hab ini akan meningkatkan jumlah pengeluaran QL di Hutan Melintang sebanyak 2.5 kali ganda kepada 180,000 MT setahun sekali gus akan menawarkan kira-kira 3,000 peluang pekerjaan langsung untuk komuniti tempatan Hilir Perak.
“Antara ciri utama kemudahan ini termasuklah sistem bilik sejuk berpusat yang dilengkapi Sistem Penyimpanan dan Pengeluaran Automatik (ASRS), pergudangan pintar dan pemantauan kualiti berasaskan data bagi memastikan standard keselamatan makanan yang tertinggi.
“Taman ini menyepadukan elemen…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: