Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Radiance Assets labur RM250,000 bina pusat pemerhatian astronomi

today25 May 2022

Background


BUKIT MERTAJAM – Radiance Assets Berhad (Radiance Assets) me­labur sehingga RM250,000 untuk membina pusat pemerhatian astronomi di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam (HSBM) di Pulau Pinang.

Pengerusi Eksekutif Radiance Assets, Dr. Mohd. Ezman Zamani berkata, pusat yang dijangka siap dalam tempoh setahun itu merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kumpulan untuk mendekati kumpulan sasaran yang memerlukan.

“Ia bakal dikenali sebagai Pusat Pemerhatian Astronomi Tun Ahmad Fuzi sempena nama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

“Kita percaya dengan adanya pusat pemerhatian ini, ia dapat menarik minat lebih ramai pelajar menceburi bidang astronomi pada masa akan datang,” kata­nya.

Mohd. Ezman Zamani

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis pecah tanah untuk projek pusat pemerhatian astronomi yang telah disempurnakan oleh Ahmad Fuzi di HSBM baru-baru ini.

Turut berlangsung pada majlis yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post