
Mantan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, mengesahkan akan meneruskan tuntutan saman terhadap pempengaruh media sosial, Caprice.
Keputusan ini dibuat selepas peluang yang diberikan kepada individu berkenaan untuk mengemukakan penjelasan serta permohonan maaf secara terbuka tidak diendahkan.
Menurut beliau, perbincangan bersama barisan peguam telah pun dilakukan bagi memulakan prosiding undang-undang.
Tindakan ini diambil susulan kandungan media sosial yang dimuat naik oleh pempengaruh tersebut yang mendakwa Datuk Seri Rafizi mempunyai kepentingan peribadi dalam syarikat miliknya, sekali gus dilihat sebagai satu bentuk fitnah.
“Saya akan saman. Proses saman ini kita kena terangkan bagi penjelasan. Selepas kita bagi penjelasan, kita bagi dia peluang beri penjelasan kepada pendengar-pendengar dia dan kita bagi dia peluang minta maaf.
“Kita sudah beri semua peluang itu sejak tiga hari yang lepas. Bukan sahaja dia tidak minta maaf, tak kongsi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: