
Datuk Ab Ghani Hassan dipilih sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu selepas memperoleh 20 undi dalam pemilihan yang berlangsung menerusi Kongres Luar Biasa FAM di Wisma FAM hari ini.
Beliau menewaskan pencabarnya, Datuk Seri Dr. Shahril Mokhtar yang hanya memperoleh lima undi daripada keseluruhan 25 undi yang dibuat oleh perwakilan.
Keputusan tersebut menyaksikan Ab Ghani diberikan mandat untuk mengetuai badan induk bola sepak negara bagi baki penggal 2025-2029 selepas jawatan berkenaan menyaksikan persaingan dua penjuru antara beliau dan Shahril.
Ab Ghani bukan nama asing dalam pentadbiran bola sepak negara apabila sebelum ini menerajui Liga Bolasepak Malaysia (MFL). Shahril pula merupakan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan mempunyai pengalaman dalam pentadbiran bola sepak serta sektor korporat.
Sementara itu, jawatan Naib Presiden 1, Datuk Seri Rosmadi Ismail turut mendapat mandat selepas memperoleh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: