Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Raih 4 Mata Di GP Aragon, Hakim Danish Kekal Dalam Kelompok 10 Terbaik Moto3

today31 August 2026

Background
Hakim Danish


Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli meneruskan momentum positif dalam musim sulungnya di Kejuaraan Dunia Moto3 2026 selepas menamatkan Grand Prix Aragon pada petang semalam di tempat ke-12.

Memulakan perlumbaan dari petak ke-13, pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi itu bermula dengan agresif dan berjaya memperbaiki kedudukan pada peringkat awal perlumbaan untuk berada dalam kelompok 10 terbaik.

Hakim Danish
Kredit Foto: ZK Racing

Hakim Danish bagaimanapun berdepan persaingan yang sangat sengit apabila perlumbaan memasuki fasa akhir. Selepas cuba mengekalkan rentak dan terus bersaing dengan kelompok hadapan, beliau akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat ke-12.

Dalam perlumbaan yang berlangsung selama 17 pusingan itu, Hakim Danish mencatat masa 33 minit 29.762 saat, ketinggalan 14.284 saat daripada pemenang perlumbaan, Maximo Quiles daripada CFMOTO Valres Aspar Team.

Tambahan 4 Mata Buat Hakim Danish

Keputusan tersebut memberikan Hakim Danish tambahan empat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Hiburan Semasa

Bocil tidak keberatan ulang-alik ke Malaysia

Rawang : Pelawak Indonesia, Bocil Bancin memilih untuk terus menetap di negara asalnya sejak pandemik Covid-19, namun bersyukur rezekinya dalam bidang seni sentiasa melimpah-ruah di Malaysia. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today31 August 2026