Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Raih Kemenangan Kedua, KL Thunder Sah Ke Suku Akhir

today12 September 2024

Background
KL Thunder


Kuala Lumpur (KL) Thunder menjadi pasukan pertama yang mengesahkan tempat ke suku akhir Emas Anuar Sepak Takraw League (STL) 2024 bagi Grand Prix (GP) Selangor selepas menundukkan Bomba Fighters 2-1 pada aksi kedua sebentar tadi.

Kejayaan yang menjadikan KL Thunders sebagai juara kumpulan A dimana semalam skuad kendalian Rosli Ab Rahman mudah  menundukkan Kelantan Warriors.

Baca Juga:

Rosli membuat satu pertukaran apabila merehatkan tekong, Zarif Merican Ibrahim Merican dan memasukkan tonggak utama, Syahir Rosdi manakala Azlan Alias (apit kanan) dan Amirul Zazwan Amir (apit kiri) dikekalkan.

Sementara itu, Bomba Fighters pula membariskan tekong dari Thailand iaitu Pongsatorn Phong Udtha, Muhammad Eqbal Shamsudin (apit kanan) dan apit kiri, Nik Muhammad Afiq Mazlan.

Dibarisi trio yang cukup berpengalaman jelas digunakan sepenuhnya KL Thunder untuk mencuri set pertama dengan kemenangan 15- 10.

Namun, hasrat untuk melihat juara edisi 2020 itu untuk…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post