
Beberapa warga Rohingya yang pernah mendiami sebuah struktur flat haram di Sungai Tekali, di sini, tampil mendedahkan bahawa premis berkenaan telah ditawarkan sendiri oleh pemilik tanah kepada mereka sejak tahun 2019.
Tuan tanah dilaporkan telah membina hampir 30 unit kediaman secara tidak sah sebelum menyewakannya pada kadar antara RM400 hingga RM750 sebulan, bergantung kepada keluasan dan kemudahan yang disediakan, petik Berita Harian.
Bagaimanapun, kawasan tersebut kini dilaporkan telah dikosongkan susulan serbuan menerusi ‘Operasi Kutip’ yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada 28 Februari tahun lalu.
Kutipan Sewa Mencecah RM15,000 Sebulan
Menurut salah seorang bekas penyewa warga Rohingya, Husain Abdullah, struktur flat berkenaan mula dibina secara berperingkat oleh pemilik tanah bermula tahun 2018 menggunakan tenaga kerja kontrak warga Indonesia dan Vietnam, sebelum…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: