PETALING JAYA – Peruncit kegemaran rakyat Malaysia, MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.) melaksanakan kempen ‘Poket Selamat’ sepanjang bulan Julai ini yang menawarkan produk pada nilai terbaik dengan diskaun sehingga 30 peratus.
Penjimatan berkenaan ditawarkan di semua cawangan MR. D.I.Y. di seluruh negara serta di laman web e-dagangnya di mrdiy.com.my.
Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, Poket Selamat bertujuan menjadikan pengalaman membeli-belah sesuatu yang tidak membebankan.
“Dengan menjalankan analisis ke atas trend, data serta mendengar maklum balas pelanggan, kami mengenal pasti keutamaan mereka semasa perayaan besar seperti Hari Raya Aidiladha untuk menawarkan produk pada masa yang tepat dan harga yang sentiasa rendah.
“Ini cara MR. D.I.Y. membantu meringankan beban kos hidup yang semakin meningkat, dengan memastikan barangan keperluan boleh didapati pada harga yang tidak membebankan poket,” katanya dalam satu kenyataan.

Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: