Site icon Kool FM

Raiz Kids miliki 3,500 akaun baharu, perkasa literasi kewangan kanak-kanak


PETALING JAYA – Aplikasi simpanan dan pelaburan berlesen, Raiz memperkenalkan versi baharu Raiz Kids dalam usaha menangani isu celik kewangan rendah dalam kalangan rakyat Malaysia, sambil menanam sikap pengurusan kewangan yang baik kepada kanak-kanak.

Misi Raiz adalah untuk membolehkan dan menyokong kewangan rakyat di negara ini menerusi tabiat menyimpan tanpa perubahan besar dalam gaya hidup mereka, dengan hanya menyimpan wang baki daripada pembelian harian.

Raiz Kids, yang tersedia dalam aplikasi Raiz sedia ada membolehkan ibu bapa melakukan perkara yang sama untuk anak-anak mereka, dan pada masa yang sama menyediakan alat penting untuk belajar tentang belanjawan, menyimpan serta melabur sejak kecil.

Ciri utama Raiz Kids membolehkan ibu bapa memilih sama ada memberikan akses terkawal kepada anak-anak mereka me­lalui akaun kanak-kanak atau memberikan akses penuh, ke­dua-duanya membo­lehkan si kecil melihat bagaimana pelaburan mereka dilaksanakan dan berkembang.

Apabila anak…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version