Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Raja Azura Sedia Kongsi Ilmu Pengacaraan Kepada Pelapis Baharu – ‘Datang Jumpa, Saya Tak Letakkan Bayaran’

today17 July 2026

Background
Raja Azura Sedia Kongsi Ilmu Pengacaraan Kepada Pelapis Baharu – ‘Datang Jumpa, Saya Tak Letakkan Bayaran’


Pelakon dan pengacara, Raja Azura mengakui terbuka untuk berkongsi ilmu serta pengalaman bersama pengacara baharu yang ingin mengetahui selok-belok dunia pengacaraan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Raja Azura Doa Abby Abadi Diberi Ketenangan Hati, Kembali Berdamai Dengan Keluarga – ‘Pasti Ada Jalan’

Raja Azura tak kedekut ilmu

Ketika ditemui OhBulan, Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku, 53,, berkata dia sekali tidak berkira untuk berkongsi ilmu, malah tidak pernah meletakkan sebarang syarat mahupun bayaran kepada sesiapa yang ingin menimba pengalaman daripadanya.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada pelapis baharu yang bertemu dengannya untuk menimba ilmu.

Mereka tak ada yang mencari saya, mungkin mereka tak berani dan tidak pernah bekerjasama. Tapi kalau jumpa di acara atau majlis, saya okay sahaja.

Saya tak kedekut ilmu, sebab mereka inilah yang akan jadi penerus generasi. Saya tidak letakkan harga dan pembayaran. Kalau nak ilmu saya, datang saja jumpa…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahira


Previous post