Istana Selangor mengumumkan bahawa Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, bakal melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Cik Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz, pada Khamis, 2 Oktober 2025.
Nikah pada 2 Oktober

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor iaitu Dato’ HJ. Mohamad Munir Bin Bani, majlis akad nikah Diraja akan berlangsung di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.
Istiadat Persandingan dan Majlis Santapan Diraja akan diadakan pada 22 Oktober 2025 bersamaan 30 Rabi’ul Akhir 1447H, bertempat di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah.
Satu majlis bacaan Yasin dan doa selamat akan diadakan pada 25 September 2025 (3 Rabi’ul Akhir 1447H) di seluruh masjid negeri Selangor. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memohon kelancaran istiadat perkahwinan serta keberkatan daripada Allah SWT.
Pada tarikh tersebut, DYMM…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: