Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Buat mereka yang sukakan keindahan alam, sudah pasti nama ‘Tasik Cermin’ yang terletak di Ipoh ini tidak asing lagi. Keadaan air yang tenang membuatkan pengunjung dapat melihat refleksi seakan-akan cermin pada permukaan tasik tersebut.
Baru-baru ini tular satu rakaman video di TikTok seorang lelaki dilihat terjun ke dalam Tasik Cermin semasa orang ramai sedang menikmati pemandangan dan mengambil gambar di sekitar kawasan tersebut.
@syafiruzafiza Thank you 🥺 #tasikcerminipoh #WinnerWinnerMoment
Tindakkan lelaki tersebut telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai termasuklah pemilik asal video yang merakam aksi tersebut. Rata-rata ramai yang mempersoalkan kenapa lelaki itu berbuat sedemikian.
Tambah netizen lagi, perbuatan lelaki tersebut boleh menyebabkan kawasan tarikan pengunjung itu boleh ditutup daripada dikunjungi oleh orang ramai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
