Setiap kali pihak polis mahu melakukan operasi, mereka perlu berfikir di luar kotak bagi memastikan pasukan yang terlibat dapat menembusi masuk ke kawasan yang telah di kawal ketat.
Orang ramai ketika ini sedang sibuk berkongsi satu rakaman kamera litar tertutup di sebuah kawasan belakang lorong jalan. Di awal video tersebut, ada sebuah MPV dipercayai model Toyota Vellfire sedang menghampiri satu laluan masuk ke dalam bangunan. Namun ada seorang ‘penjaga’ di laluan tersebut dilihat tidak membuka palang tersebut.
Beberapa saat kemudian, ada sebuah ‘lori pasar’ menghampiri di belakang Toyota Vellfire tersebut. Lelaki ‘penjaga’ itu dilihat menuju ke arah lori untuk melihatnya, namun sejurus lori itu berhenti di belakang MPV, salah seorang lelaki turun daripada lori tersebut lalu segera menahan lelaki ‘penjaga’ terbabit ke arah dinding.
Babak seterusnya tidak disangka-sangka oleh orang ramai apabila hampir 20 anggota polis yang lain turun keluar daripada lori…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
