EKONOMI kini sudah dibuka sepenuhnya dan banyak perniagaan telah mula beroperasi semula.
Tahun baru yang akan datang adalah seruan jelas bagi peniaga untuk memulihkan perniagaan mereka daripada jualan yang perlahan sepanjang tempoh pandemik.
Justeru, model operasi yang mampan amat diperlukan oleh setiap syarikat untuk menghadapi segala kemungkinan, terutamanya bagi memenuhi permintaan yang meningkat semasa musim puncak.
Ketua Pegawai Eksekutif Kairos Agriculture, Ezra Tan, 34, berkata, pihaknya akan menumpukan perhatian kepada dua faktor bagi menangani isu-isu operasi seperti sekatan dalam bekalan, pergerakan buruh, keperluan pekerja, pelanggan dan pembekal.
Katanya, isu-isu ini berkait rapat dengan menyediakan bekalan yang cepat, segar dan sempurna kepada pelanggan.
“Pertama, kami akan menggunakan teknologi pertanian 4.0 dalam operasi dan pengurusan perladangan untuk menambah baik keseluruhan ekosistem operasi. Kami akan banyak bergantung kepada Internet of Things (IOT), Big…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: