PETALING JAYA – Rakuten Trade Trade Sdn. Bhd. (Rakuten Trade) memaklumkan bahawa Akaun Perdagangan Tunai Terdahulu akan dinaik taraf bagi menyediakan kemudahan bagi urus niaga asing, bermula dengan pasaran Amerika Syarikat (AS).
Ketua Pegawai Eksekutif Rakuten Trade, Kazumasa Miseu berkata, keputusan ini diambil berasaskan permintaan yang diterima sejak Rakuten Trade mula melancarkan perniagaannya pada tahun 2017.
“Perkhidmatan perdagangan saham AS kami menekankan nilai yang ditawarkan oleh Rakuten Trade dan menambah lebih banyak manfaat menerusi kecekapan digital yang disediakan.
“Dengan menaik taraf perkhidmatan yang ditawarkan, pelanggan kami kini boleh menjual beli saham seperti Apple dan Tesla, Dana Dagangan Bursa (ETF) yang tersenarai di Bursa Saham New York dan Nasdaq, termasuk juga lebih daripada 1,000 saham di Bursa Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Miseu menjelaskan, kedua-dua saham tempatan dan asing akan ditawarkan menerusi paparan utama tunggal, pada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: