Namun begitu, tular pula sebuah video baru-baru ini apabila seorang warganegara dari Amerika mencuri tumpuan ramai gara-gara namanya yang unik.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @pgmn_gogogo, kelihatan wanita itu pertama kali datang ke Malaysia dan membuatkan ramai terkejut apabila dia memberitahu namanya.
“Nama saya Malaysia dan saya dari Amerika. Setakat ini, Malaysia sangat cantik dan seronok. Orang di sini semuanya baik-baik,” katanya.
Menurutnya, makanan di sini juga sedap dan budayanya menarik. Apabila ditanya mengapa dia memilih Malaysia sebagai destinasi percutian, dia menjawab “sebab itu nama saya”.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: