Kool FM

Rakyat Indonesia Puji Malaysia Susulan Jumlah Kenderaan Lebih Banyak Dari Rakyat


Memiliki kenderaan di Indonesia merupakan suatu cita-cita yang besar kerana bakal menelan kos yang besar dari segi harga kenderaan itu sendiri ditambah pula dengan pelbagai jenis cukai yang tinggi.

Oleh itu, sesiapa mempunyai kenderaan di sana dikira sebagai orang yang berduit. Bagaimapun, pemandangan landskap ini dilihat berbeza di Malaysia apabila hampir setiap isi rumah mempunyai paling kurang satu kenderaan peribadi.

Hal ini menjadi perbualan hangat di Facebook apabila sebuah pages memuat naik fakta menarik bahawa Malaysia telah memecah rekod di mana jumlah kenderaan berdaftar di dalam negara mencecah 36 juta unit.

Angka yang cukup besar ini malahan telah mengatasi jumlah populasi manusia di negara ini yang mana hanya sekitar 32 juta orang sahaja.

Fenomena ini dipercayai boleh berlaku susulan infrastruktur pengangkutan awam yang terhad sekaligus setiap individu perlu mendapatkan kenderaan untuk bergerak ke sesebuah lokasi dengan lebih mudah.

Indonesia

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version