Tesla, pengeluar kereta elektrik (EV) terkenal dunia, kini berdepan dengan seruan boikot yang semakin meluas di Malaysia.
Ini berikutan sokongan terbuka Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk, kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi dengan rancangannya untuk mengambil alih Gaza dan memindahkan berjuta-juta rakyat Palestin, lapor South China Morning Post.
Kontroversi ‘Swasticar’ dan Reaksi Netizen Malaysia
Pelancaran model terbaharu jenama tersebut, Model Y ‘Juniper’, minggu ini telah mencetuskan kritikan di media sosial.
Ramai netizen Malaysia menyifatkan kereta tersebut sebagai ‘swasticar’, istilah yang mula muncul di Eropah selepas Musk dilihat membuat isyarat tangan yang dianggap menyerupai tabik hormat Nazi semasa perarakan pelantikan Trump bulan lalu.

“Takkan sentuh swasticar ni,” tulis salah seorang netizen dalam komennya di Facebook, merujuk kepada pelancaran Model…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: