Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rakyat Malaysia Curi Perhatian, Terlibat Dalam Pembikinan Filem Fantastic Four

today4 August 2025

Background


The Fantastic Four: First Steps diarahkan oleh Matt Shakman dan merupakan salah satu projek MCU yang paling dinanti-nantikan oleh peminat.

Namun apa yang menarik apabila seorang rakyat Malaysia sebenarnya bukan sahaja menjadi sebahagian krew pembikinan filem francais terunggul malah terpapar dalam saat kredit filem disiarkan.

Dalam sebuah hantaran di Threads, Ahmad Hamidullah berkongsi rasa syukurnya kerana namanya turut terpapar dalam kredit filem Fantastic Four yang akan datang. Perkara ini menjadi satu pencapaian peribadi yang membanggakan buatnya.

Beliau turut berkongsi bahawa ini bukanlah kali pertama dia terlibat dalam produksi filem Marvel, tetapi pengiktirafan kali ini sangat bermakna kerana namanya terpapar secara jelas selepas tamat tayangan filem.

“Alhamdulillah. Setahun lagi, filem Marvel yang lain. Kali ini dapat kredit dalam Fantastic 4,” tulisnya.

Melalui tinjauan di bahagian komen, Ahmad mendedahkan dia terlibat dalam bahagian…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post