Site icon Kool FM

Rakyat Malaysia Dan Indonesia Antara Yang ‘Terpaling Malas’ Jalan Kaki Di Dunia


Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Hasil kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Universiti Stanford, ia mendedahkan bahawa Indonesia adalah negara paling malas berjalan kaki di  dunia.

Memetik tempo.co, kajian itu menyatakan bahawa purata orang Indonesia berjalan hanya 3,513 langkah sehari. Manakala Malaysia pula berada di tempat ketiga dengan purata 3,963 langkah sehari.

Penyelidik Universiti Stanford menggunakan data minit demi minit daripada 700,000 orang di seluruh dunia yang menggunakan aplikasi Argus, sebuah aplikasi telefon bimbit yang merekodkan aktiviti pengguna.

Tempo.co

Hasilnya, mereka mendapati bahawa rakyat Hong Kong mendapat tempat pertama sebagai negara paling rajin berjalan kaki. Penduduk Hong Kong berjalan secara purata 6,880 langkah atau 6 km sehari. Di bawahnya ialah China, di mana purata orang berjalan 6,189 langkah setiap hari. Di tempat ketiga ialah Ukraine (6,107), keempat Jepun (6,010) dan kelima ialah Rusia…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version