Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rakyat Malaysia Dihentam Netizen Sebab ‘Double Park’, Sampai Masuk Berita Utama Di Jepun!

today10 May 2024

Background


Difahamkan, kereta yang berada di hadapannya mahu keluar, tetapi tidak boleh kerana kereta sewa milik rakyat Malaysia itu telah menghalang jalan utama.

Manakala, pemilik kereta di belakang pula mendakwa bahawa rakyat Malaysia berkenaan telah meminta dia mengalihkan kereta ke belakang untuk memudahkan dia keluar.

Menurut @pja_chan, parkir di Jepun boleh menjadi isu utama kerana negara itu tidak membenarkan pemilik kenderaan meletakkan kenderaan mereka sesuka hati.

“Ada designated parking space berbayar. Tak ada istilah double park. Sebab hal ni, ramai orang Jepun marah-marah rakyat Malaysia dekat internet.

“Kesannya terpalit dekat Malaysian yang duduk sana especially sebab dah ada bad impression. Silap-silap tourist Malaysia pun dorang tak suka dah lepas ni.

“Parking dekat sana dah la mahal, pastu sebab hal ni extend masa 3 jam lagi. Berganda-ganda jadi mahal. Buang masa orang lagi. Kena panggil orang jack lagi. Memang menyusahkan orang, mana la orang tak marah,” katanya lagi.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post