Menerusi laporan Buletin TV3, Ketua Pengarahnya, Mohd Hisham Mohd Anip berkata kawasan utara Semenanjung seperti Perak, Pahang dan Kelantan terutamanya dijangka mengalami litupan awan dan taburan hujan yang berkurangan.
“Ketiadaan hujan dalam tempoh panjang boleh menyebabkan suhu meningkat melebihi 35°C pada waktu siang. Bacaan tertinggi setakat ini dicatat di FELDA Teloi Kanan, Baling, Kedah dengan suhu 36.1°C pada 11 Februari lalu.
“Pengaruh La Nina yang lemah ketika ini dijangka membantu mengurangkan impak haba ekstrem berbanding tahun lalu,” katanya.
Tambahnya, fenomena itu adalah kejadian berulang setiap tahun bermula bulan Februari hingga bulan Mei namun keadaan tahun ini dijangka tidak seteruk berbanding tahun 2024.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: