KPDN Kelantan syak penduduk sempadan Kelantan ‘jual’ MyKad kepada penyeludup untuk menyeleweng subsidi BUDI95 ke Thailand.
Menurut Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail, kelakuan ini membolehkan penyeludup membeli RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter, dan meraih keuntungan berganda apabila dijual semula ke negara jiran lapor Sinar Harian.

“Tindakan memberi MyKad kepada penyeludup bukan dianggap kesalahan kerana ia hak pemilik kad, namun ia boleh membuka ruang kepada kegiatan penyeludupan.
“Walaupun petrol bersubsidi kini berharga RM1.99 seliter, harga tanpa subsidi iaitu RM2.60 seliter juga masih tidak menjejaskan aktiviti penyeludupan kerana keuntungan yang diperoleh di negara jiran tetap tinggi,” katanya semasa sidang akhbar pada hari semalam.
Walaupun terdapat kenaikan harga, Azman menyatakan penyeludup tetap mengaut untung bersih sekitar RM90 untuk setiap 30 liter, memandangkan harga RON95 di Thailand…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: