PETALING JAYA – Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia dilihat agak lewat membuat perancangan persaraan mereka, berdasarkan laporan Tinjauan Persaraan Etiqa 2023 yang diterbitkan semalam.
Kajian melibatkan 804 responden di setiap negeri di Malaysia, yang dilaksanakan susulan Tinjauan Persaraan Etiqa Singapura 2022 itu bertujuan untuk memahami persiapan, perancangan dan harapan persaraan dalam kalangan rakyat Singapura dan juga di Malaysia.
Antara penemuan utama tinjauan tersebut adalah hanya 23 peratus rakyat Malaysia beranggapan bahawa mereka dapat bersara dengan selesa.
Ia turut mendapati 46 peratus daripada rakyat Malaysia hanya mula merancang persaraan mereka di usia emas pada 55 tahun ke atas, iaitu hanya lima tahun sebelum umur persaraan semasa di negara ini.
Keadaan ini jauh berbeza dengan situasi di Singapura yang mana 51 peratus penduduk Singapura memulakan perancangan persaraan mereka seawal usia 34 tahun, sementara hanya 12 peratus rakyat Malaysia memulakan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: