Tajuk lagu itu mengisahkan tentang Hamilton Hall, sebuah bangunan akademik di Universiti Columbia diduduki oleh pelajar yang membuat protes pada akhir April. Pihak berkuasa universiti telah mengancam mereka untuk membatalkan protes pro-Palestin atau akan diusir.
Dewan itu kemudiannya digelar Hind’s Hall, sebagai penghormatan kepada seorang gadis Palestin berusia enam tahun, bernama Hind Rajab. Dia dipercayai telah dibunuh oleh tentera Israel ketika meminta bantuan daripada Persatuan Bulan Sabit Merah selama kira-kira tiga jam pada 29 Januari 2024.
Dua anggota paramedik yang dihantar untuk menyelamatkan Hind turut terbunuh. Kerajaan Israel menafikan penglibatannya dalam pembunuhan Hind, lima saudaranya, dan dua paramedik di Tel al-Hawa, Gaza.
Kisah Hind kemudian tersebar ke seluruh dunia selepas rakaman telefon saat-saat terakhir bersama ahli keluarganya menjadi tular di media sosial.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
