
Seorang lelaki warga Malaysia disahkan maut dalam kejadian bangunan runtuh di utara Filipina pada Ahad (24 Mei), yang turut menghempap sebahagian hotel bersebelahan dan memerangkap pekerja binaan di bawah runtuhan, lapor CNA.
Pihak berkuasa memaklumkan bahawa seramai 20 orang masih dilaporkan hilang selepas lebih 14 jam kejadian runtuhan bangunan sembilan tingkat yang sedang dalam pembinaan itu berlaku.
Insiden berkenaan turut mengakibatkan kerosakan serius pada struktur hotel berhampiran dan meragut nyawa seorang tetamu warga Malaysia berusia 65 tahun.
Setakat ini, seramai 26 individu berjaya diselamatkan dalam operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan di Bandar Angeles, kira-kira 80 kilometer ke utara Manila.
Pemangku Ketua Bomba Filipina, Rico Kwan Tiu, memberitahu agensi berita AFP bahawa mangsa warga Malaysia tersebut sempat menghubungi pasukan penyelamat melalui telefon ketika terperangkap di bawah runtuhan dinding hotel sejurus selepas…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
