Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor berjaya menahan empat orang pengemis OKU jalanan warga China di Johor Bahru baru-baru ini.
Tangkapan itu dibuat menerusi Op Serkap, keempat-empatnya itu berusia lingkungan 36 hingga 67 tahun itu ditahan secara berasingan. Wang tunai berjumlah RM9,000 turut dirampas.

Baca Juga:
Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata tindakan penahanan dilakukan selepas pihaknya bertindak hasil maklumat awam dan risikan selama tiga minggu.
“Hanya bermodalkan kekurangan fizikal serta cacat anggota, pengemis-pengemis warga asing ini mampu meraih pendapatan sehingga RM10,000 sebulan.
“Sikap pemurah rakyat Malaysia telah menyebabkan mereka cenderung untuk bertindak agresif dengan mendekati orang ramai yang mengunjungi pasar malam dan premis-premis,” kata Datuk Mohd Rusdi dalam satu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
