Site icon Kool FM

Rakyat Malaysia Tolak Penganjuran Sukan Komanwel Di Negara Ini

Sukan Komanwel


Rakyat Malaysia melancarkan hashtag sebagai tanda penolakan kepada idea negara ini menjadi tuan rumah bagi temasya Sukan Komanwel edisi 2026 selepas negeri Victoria, Australia menarik diri.

Menurut tinjauan di laman media sosial X, segelintir rakyat menggunakan hashtag #TolakKomanwel dimana ramai diantara mereka yang berpendapat sekiranya Malaysia menjadi tuan rumah, maka perkara itu hanya akan membazirkan wang negara yang sepatutnya disalurkan bagi meringankan beban rakyat.

Baca Juga:

Antara desakan yang diketengahkan oleh rakyat ialah kerajaan sepatutnya menyalurkan dana yang bakal digunakan untuk menjadi tuan rumah temasya berkenaan dengan membina sekolah, hospital serta kemudahan lain yang akan menguntungkan rakyat berbanding menjadi kejohanan yang tiada kesannya bagi negara ini.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version