SUNGAI BULOH – Institusi Kewangan bukan bank, Provident Banc Berhad (PBB) telah menyantuni seramai 150 warga emas di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Paya Jaras dalam menyambut keberkatan bulan Ramadan ini.
Pengarah Urusan PBB, Ravin Raghu Warren berkata, sumbangan ini merupakan salah satu daripada program tanggungjawab sosial (CSR) syarikat dalam membantu golongan memerlukan.
“Ini adalah antara program yang dijalankan sejak tahun lepas dan sumbangan yang diberikan berupa barangan asas seperti beras, kordial dan buah kurma untuk warga emas, anak-anak yatim, golongan asnaf dan kurang upaya.
“Dalam usaha berkongsi rezeki, kami terus komited memupuk budaya keprihatinan dan tanggungjawab sosial demi perpaduan hidup bermasyarakat tidak kira bangsa dan agama” katanya selepas majlis penyerahan sumbangan tersebut di sini baru-baru ini.

Ravin menerangkan, program CSR yang dijalankan pada bulan Ramadan tahun ini disasarkan kepada beberapa kawasan, antaranya di Sungai Buloh dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: