Menurut Irfan Tajol, majoriti jemaah yang datang adalah berusia lingkungan 60 hingga 70-an yang telah menunggu panggilan haji sejak berbelas tahun dahulu.
Walau bagaimanapun, ramai yang dikira gagal dan tidak layan untuk menunaikan haji kerana mempunyai pelbagai penyakit kronik.
“Tak jumpa doktor untuk rawatan dah bertahun-tahun. Bila tanya sebab apa? Antaranya, takut side effects ubat hospital, try cara kampung, percaya cakap orang, testimoni supplement dan lain-lain.
“Datang dengan penyakit kronik yang tak terkawal, nak kena hantar borang Tabung Haji esok lusa, hari ni baru nak buat medical check up.
“So, pesakit-pesakit ni memang terus GAGAL dan tidak layak untuk tunaikan haji. Memang tak la nak bagi semua terkawal dalam masa 2-3 hari,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: