Di dalam era kecerdasan buatan, orang ramai tanpa mengira latar belakang dan profesion sedia menggunakan platform seperti ChatGPT untuk mencari idea bernas dalam menghasilkan sesuatu yang berlainan.
Baru-baru ini, pada majlis tahunan perkumpulan chef-chef terbaik Perancis untuk anugerah Michelin Guide tahun ini, perbualan bukan sahaja tertumpu kepada restoran mana yang telah menambah atau kehilangan bintang malah membincangkan berkaitan penggunaan AI.

Chef Matan Zaken yang berpangkalan di Paris, dari restoran Nhome berbintang satu, berkata AI mendominasi perbincangan di kalangan chef, walaupun ramai yang keberatan untuk mengakui mereka sudah bergantung pada alat seperti ChatGPT untuk mendapatkan inspirasi dan pembangunan resipi.
““Sebenarnya ramai guna, tapi ego dalam industri ni tinggi,” katanya.
Zaken secara terbuka mengadaptasi AI di dapurnya, menggunakan platform seperti ChatGPT Premium untuk menjana padanan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: