Dikala orang ramai berbual hangat tentang jualan barisan siri iPhone 16 di kedai rasmi Apple, mereka seperti sudah terlupa bahawa syarikat gergasi ini terpalit dengan menyumbang dana kepada regim Zionis Israel.
Kempen boikot terhadap produk atau servis berkait dengan Israel hanya menjadi ungkapan di bibir namun realitinya masih mendambakannya. Malah, ramai influencer tempatan berpusu-pusu menjadi yang terawal memiliki iPhone 16 lalu ditayang dengan bangganya di media sosial bak memenangi anugerah pula.
Seorang pengguna TikTok berkongsi beberapa tangkap layar yang memperlihatkan sejumlah influencer tempatan yang tidak sensitif dengan isu boikot terhadap Israel.

Mereka dilihat berbangga berkongsi video pergi membeli dan unboxing iPhone 16 yang baru dibeli untuk tatapan umum.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: