Pelakon Sophia Albarakbah tampil menjelaskan punca dia membuat laporan polis berhubung isu buli siber dan gangguan seksual yang dialaminya sejak kebelakangan ini.
Bukti
Menerusi satu hantaran di Instagram, Sophia berkongsi beberapa mesej berbaur lucah serta komen negatif yang diterima daripada warganet.
Di sini saya kongsikan beberapa tangkap layar komen dan mesej peribadi yang saya terima. Ini hanyalah sebahagian kecil, masih banyak lagi yang jauh lebih teruk.
Saya bukan berkongsi untuk memalukan sesiapa, tetapi untuk menunjukkan realiti yang berlaku di alam maya. Inilah sebabnya saya mengambil tindakan. Sebab diam tidak akan mengubah apa-apa.
Jelasnya, tindakannya membuat laporan polis bukanlah bermotifkan dendam atau mencari publisiti, sebaliknya demi melindungi keselamatan dan maruah diri.
Dendam? Gila publisiti? Tegakkan benang yang basah? Tidak!
Sebab buli siber dan gangguan seksual bukan perkara main-main. Ia bukan satu gurauan. Ia bukan sekadar “komen sahaja”.
Menurut…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
