Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ramai Makan Hati Lihat Devano Bergambar Dengan Lisa

today18 September 2025

Background
Ramai Makan Hati Lihat Devano Danendra Bergambar Dengan Lisa Blackpink – ‘Ini Real Atau Fake’


Perkongsian terbaharu di Instagram pelakon Indonesia, Devano Danendra mencuri perhatian apabila dia memuat naik swafoto bersama bintang terkenal Korea Selatan, Lisa Blackpink.

Artikel Berkaitan: Selepas Menang Di VMA, Tular Pula Laporan Polis Libatkan Lisa Blackpink?

Real atau fake?

Menerusi hantaran itu, Devano dilihat segak mengenakan suit berwarna hitam, manakala Lisa kelihatan jelita menyarung busana bercorak abstrak coklat muda.

Foto tersebut diambil ketika dua selebriti itu menghadiri acara Busan International Film Festival (BIFF) 2025, di Busan, Korea Selatan, baru-baru ini.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya termasuk rakan selebriti yang ‘makan hati dan cemburu dengan aktor tersebut kerana berpeluang berjumpa dengan penyanyi pujaan ramai itu.

Malah, ada yang berseloroh mengatakan gambar tersebut merupakan hasil kecerdasan buatan atau AI.

Difahamkan, Devano hadir ke acara berprestij itu sebagai wakil kepada filem yang dibintangi berjudul Pangku.

Sumber: Instagram



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahrin


Previous post

Sukan

Ximena intai jadi wanita pertama terajui WA

Tokyo: Bekas pelari pecut Colombia, Ximena Restrepo mengesahkan hasrat untuk bertanding merebut jawatan Presiden Olahraga Dunia (WA) apabila tamat penggal Sebastian Coe, sekali gus berpotensi mencipta sejarah sebagai wanita pertama menerajui badan induk olahraga dunia itu.

today18 September 2025