Perkongsian terbaharu di Instagram pelakon Indonesia, Devano Danendra mencuri perhatian apabila dia memuat naik swafoto bersama bintang terkenal Korea Selatan, Lisa Blackpink.
Artikel Berkaitan: Selepas Menang Di VMA, Tular Pula Laporan Polis Libatkan Lisa Blackpink?
Real atau fake?

Menerusi hantaran itu, Devano dilihat segak mengenakan suit berwarna hitam, manakala Lisa kelihatan jelita menyarung busana bercorak abstrak coklat muda.
Foto tersebut diambil ketika dua selebriti itu menghadiri acara Busan International Film Festival (BIFF) 2025, di Busan, Korea Selatan, baru-baru ini.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya termasuk rakan selebriti yang ‘makan hati dan cemburu dengan aktor tersebut kerana berpeluang berjumpa dengan penyanyi pujaan ramai itu.
Malah, ada yang berseloroh mengatakan gambar tersebut merupakan hasil kecerdasan buatan atau AI.
Difahamkan, Devano hadir ke acara berprestij itu sebagai wakil kepada filem yang dibintangi berjudul Pangku.
Sumber: Instagram
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: