
Apabila sesuatu inisiatif baharu diperkenalkan, sudah menjadi lumrah untuk melihat pelbagai reaksi daripada masyarakat.
Begitu juga dengan skim LINDUNG 24 Jam oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), di mana pada awalnya ada segelintir pihak yang mula mempertikai dan meragui keberkesanannya.
Menjawab segala skeptisisme tersebut, PERKESO tidak tampil dengan kenyataan politik atau janji kosong, sebaliknya memberikan respon menerusi pembuktian data nyata yang menepis segala persepsi negatif.
Bagi PERKESO, cara terbaik untuk menjawab keraguan adalah melalui tindakan dan hasil yang jelas di lapangan.
Sepanjang tempoh sebulan pertama pelaksanaannya dari 1 hingga 30 Jun, skim yang turut dikenali sebagai Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja ini telah menerima sebanyak 592 permohonan kes, dengan purata hampir 20 kes sehari.
Angka ini menjadi bukti kukuh bahawa perlindungan di luar waktu kerja sebenarnya amat diperlukan oleh rakyat. Malah, dalam tempoh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: