Dalam pada itu, beliau memberitahu ramai golongan berusia kini dilihat lebih aktif dan muda jauh daripada usia sebenar mereka.
“Ini pandangan peribadi saya, mungkin kerajaan patut mempertimbangkan had usia persaraan 65 tahun. Ini kerana ramai golongan berusia 60 tahun ke atas masih aktif sekarang dan ramai orang tua masih kelihatan muda.
“Sebab ada pegawai yang kami jumpa, masih muda, masih sangat aktif, cuma mereka dah berumur 60 tahun. Sebab ada negara yang dah mula beralih ke umur persaraan 65 tahun,” katanya.
Azalina memberitahu sama seperti hakim mahkamah di negara ini yang ditetapkan persaraan pada usia 65 tahun, had persaraan bagi rakyat di Malaysia wajar dinaikkan.
“Saya lihat macam hakim-hakim (mahkamah), sebab mereka sampai usia 65 tahun. Di sesetengah negara, masa saya pergi mesyuarat Menteri Undang-undang ASEAN, ada yang sampai usia 70. Hakim mereka ada yang 65 dan berkhidmat sampai usia 70 tahun.
“Saya tak tahu sama ada Kerajaan Madani akan pertimbangkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
