Tidak ramai yang tahu bahawa Malaysia pernah mengeluarkan wang kertas terbesar di dunia bernilai RM600 yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2017.
Ia kini menjadi perbualan hangat selepas ia dipaparkan dalam video TikTok oleh Banknote World yang menyenaraikan “Top 3 Largest Banknotes in the World”.
Dalam video tersebut, Malaysia berjaya meraih tempat pertama dengan nota RM600 ini.
Wang kertas versi khas ini dikeluarkan sempena Sambutan Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Ia dilancarkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V, di Museum dan Galeri Seni, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Wang kertas RM600 ini bukan sahaja unik kerana saiznya yang luar biasa besar tetapi juga kerana reka bentuk dan ilham disebalik terbitnya wang kertas ini.
Di bahagian depan, terdapat imej 15 Raja-Raja Malaysia, manakala di bahagian belakang pula, ia memaparkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: