Menerusi video perkongsian di TikTok @holla.heyyo, dia memberitahu mahu membuat kejutan untuk adik lelakinya itu dengan menaiki pesawat ringan.
Pada awalnya si adik tidak tahu perkara itu sehinggalah mereka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Tidak menyoal banyak, adiknya mengikut sahaja langkah abang-abangnya sehinggalah dia merasa pelik selepas seorang individu datang menghampiri dan membawa mereka masuk ke dalam kawasan berlepas.
Mereka diterbangkan menggunakan pesawat ringan jenis Cessna 172 yang dikendalikan oleh Mr Andreas dari Jerman.
“Kita pusing KL dengan cara yang lain daripada yang lain, untuk perjalanan hari ini kita akan dibawa untuk pusing area KL selama 30 minit,” katanya.
Difahamkan, ia mempunyai pakej-pakej yang berbeza iaitu 1 jam dengan harga RM1,400 dan 30 minit dengan harga RM800 untuk sebuah pesawat.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: