Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Rangnick Perlu Masa Untuk Pertingkatkan Prestasi Man Utd

today13 January 2022

Background
Rangnick




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo tampil memberikan sokongan penuh terhadap pengurus interim, Ralf Rangnick untuk membuktikan kemampuannya dalam membimbing kelab tersebut.

Selepas mengharungi tujuh perlawanan di semua pertandingan dibawah kendalian Rangnick, The Red Devils telah mencatatkan empat kemenangan, dua keputusan seri dan satu kekalahan.

Keadaan itu membuatkan penyokong United masih belum berpuas hati dengan impak  diberikan pengendali yang turut dikenali sebagai sifu kepada Jurgen Klopp dan Thomas Tuchel.

Melihatkan kepada keadaan tersebut, Ronaldo menegaskan bahawa pengendali berusia 63 tahun itu masih memerlukan masa untuk mengimplementasikan segala idea yang ingin dicurahkannya.

“Sejak dia [Ralf Rangnick] tiba lima minggu lalu, dia telah mengubah banyak perkara. Tetapi dia memerlukan lebih masa untuk menerapkan ideanya kepada semua pemain,” ujar…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Sukan

Bekas juara F1 sertai Hezeberg

Toronto: Bekas juara Formula Satu (F1), Jacques Villeneuve akan menyertai pasukan dari Belanda, Hezeberg dalam usaha memburu permulaan di petak utama Daytona 500, umum NASCAR.

today13 January 2022