Kool FM

Ranking FIFA Naik 6 Anak Tangga, Harimau Malaya Kini Di Tangga Ke-125 Dunia


Kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan skuad Harimau Malaya melonjak naik ke tangga ke-125 dunia.

Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 6 anak tangga dalam ranking FIFA berbanding kemas kini sebelum ini pada 3 April lalu.

Baca Juga:

Perkembangan positif itu hadir selepas skuad kendalian Peter Cklamovski mencatatkan keputusan positif iaitu membelasah Vietnam 4-0 pada aksi Kelayakan Piala Asia 2027.

Ranking FIFA
Kredit Foto: NSTP/AIZUDDIN SAAD

Sebelum itu, Harimau Malaya turut berjaya mengikat pasukan di ranking ke-73 ranking dunia, Cape Verde 1-1 dalam perlawanan persahabatan tier 1 di Cheras.

Prestasi ini dilihat sebagai isyarat bahawa Malaysia semakin bersedia untuk memberi saingan lebih sengit di peringkat antarabangsa khususnya menjelang aksi kelayakan dan kejohanan serantau yang akan datang.

Keyakinan tinggi itu ada asasnya berikutan kehadiran ramai pemain warisan yang mampu untuk memberikan sumbangan cukup besar…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version