SHAH ALAM – Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) bakal menguji sebuah bas elektrik keluaran baharu Volvo Group (Volvo), iaitu model Volvo BZL-GML Eco Range selama setahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij berkata, pihaknya berbesar hati untuk menguji bas baharu keluaran syarikat automotif yang berpangkalan di Sweden itu mulai Julai ini selaras dengan objektif Rapid Bus yang mahu memperbanyakkan penggunaan bas elektrik menjelang tahun 2030.
“Rapid Bus sudah mempunyai lebih 10 buah bas elektrik yang mana kami mendapati kos menyelenggara bas jenis ini adalah kira-kira 30 peratus lebih murah berbanding bas konvensional.
“Kami mengalu-alukan kerjasama ini, seperti yang dizahirkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang mahu penggunaan lebih banyak kenderaan jenis eletrik di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menandatangani memorandum perjanjian persefahaman (MoU) penggunaan bas itu di antara Rapid Bus dengan Volvo Group di pusat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: