Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rapid KL Sahkan Punca Insiden Letupan Kecil, Percikan Api Di Laluan Shah Alam

today15 July 2026

Background
Rapid KL Sahkan Punca Insiden Letupan Kecil, Percikan Api Di Laluan Shah Alam


Rapid KL mengesahkan bahawa insiden melibatkan sebuah tren di Stesen Stadium Shah Alam, Laluan Shah Alam pada 4 Julai 2026, jam 7.05 malam yang lalu, berpunca daripada masalah teknikal pada salah satu komponen tren.

Isu tersebut telah menyebabkan berlaku sentuhan dengan konduktor kuasa, sekali gus mencetuskan bunyi letupan kecil dan percikan api.

Susulan kejadian itu, tindakan segera telah diambil dengan mengeluarkan tren berkenaan daripada perkhidmatan.

Kesemua penumpang telah diturunkan dengan selamat di stesen berikutnya sebelum meneruskan perjalanan menggunakan tren alternatif.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan, manakala operasi keseluruhan di Laluan Shah Alam kekal berjalan seperti biasa tanpa gangguan jadual.

Tren yang terlibat telah dibawa ke depoh bagi menjalani pemeriksaan dan penilaian secara menyeluruh. Komponen yang mengalami kegagalan teknikal tersebut telah pun diganti sepenuhnya.

Tren berkenaan juga telah disahkan selamat untuk…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post