Menerusi perkongsian video di TikTok @raanaafia, kelihatan seorang individu berkongsi aktiviti cuti sekolah anak-anaknya dengan membawa mereka menaiki pengangkutan awam Rapid KL X Mechamato.
Malah, dapat dilihat kanak-kanak itu begitu aktif meneroka dan mengumpul cop dalam pengembaraan itu.
Tambahnya, mereka menyelesaikan misi tersebut selama lebih kurang empat jam dengan hanya membeli pas harian tanpa limit RM6.
“Dinasihatkan bawa air, pakai baju dan kasut yang selesa sebab banyak berjalan. Ade sesetengah tempat kena tukar train, so kena bejalan sikit,” tulisnya.
Difahamkan, anda perlu mengumpul minimum 12 cop daripada 15 stesen. Untuk membolehkan anda mengaambil ‘pasport’ dan penebusan hadiah.
LRT Laluan Kelana Jaya
- Kelana Jaya
- Taman Jaya
- Bangsar
- Kampung Baru
- Ampang Park
LRT Laluan Ampang
- Ampang
- Maluri
- Chan Sow Lin
- Bukit Jalil
- Sri Petaling
Laluan Monorel
- KL Sentral
- Hang Tuah
- Bukit Bintang
- Bukit Nanas
- Titiwangsa
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: