Usahawan terkenal, Dato’ Sri Aliff Syukri berkongsi keluhannya sebagai pemilik rumah besar.
Menurutnya, dia belanjakan ratusan ribu ringgit setahun untuk penyelenggaraan rumah mahligai yang dilaporkan berkeluasan kira-kira 40,000 kaki persegi.
Usahawan itu menyatakan semasa membuat rumah tersebut, dia tidak berfikir panjang dalam hal-hal penyelenggaraan.
“Rasa terbeban sangat bila ada rumah yang besar. Masa dulu waktu nak buat rumah ini tak fikir seronok saja, tak fikir nak mantain.
“Tapi bila dah ada, dah duduk baru tahu kos nak ada rumah besar ini bukan mudah. Terutamanya bila nak buat maintenance.
“Setahun sahaja saya kena memperuntukkan ratusan ribu untuk nak repair rumah terutama bila rumah ini dah lama. Pening kepala,” luah Aliff Syukri di hantaran Instagram.
Tambahnya lagi, apabila rumah semakin lama, semakin banyak masalah akan timbul.
Sementara kos untuk membaikinya pula bergantung pada saiz keluasan rumah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: