Site icon Kool FM

Rasa Tertipu Lepas Beli, Lelaki Kantoi Rupa-Rupanya Menyamar Jadi ‘OKU’ Untuk Raih Simpati


Menerusi perkongsian oleh seorang individu, dia memberitahu pada awalnya telah didatangi oleh seorang peniaga OKU yang menjual rendang daging di kawasan taman.

Oleh kerana kasihan melihat kegigihan peniaga berkenaan yang menjual sambil menggunakan kerusi roda di tengah panas, dia membelinya.

Namun, selepas seminggu dia datang kembali di tempat berkenaan dan terlihat peniaga yang sama dengan sihatnya berdiri dan memasukkan kerusi rodanya sendiri ke dalam kereta.

Perkara tersebut membuatkan dia merasa kecewa dan dalam masa sama merasa tertipu dengan taktik licik peniaga berkenaan.

“Hari ini depan mata tengok orang cacat yang sama tu berdiri siap angkat barang masuk kereta, sebelum tu elok je dia naik kerusi roda berjualan kedai ke kedai. Dah 2 kali kena scam.

“Modus operandi konon-konon cacat raih simpati untuk orang membeli. Meniagalah elok-elok brother, rendang tu buat lekat-lekat kat gigi je RM25. Tipah tertipu, kesian dekat yang betul-betul cacat terpalit sama. Nak sales dengan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version