Site icon Kool FM

RASMI: Hojlund Sertai Schalke 04

Hojlund


Penyerang muda, Emil Hojlund meninggalkan FC Copenhagen untuk menyertai kelab saingan liga divisyen 2 Jerman (2. Bundesliga), Schalke 04.

Emil yang merupakan adik kepada penyerang utama Manchester United, Rasmus Hojlund telah menandatangani kontrak selama empat musim bersama kelab tersebut sehingga 30 Jun 2028.

Baca Juga:

Perkembangan terkini mengenai pemain berusia 19 tahun itu disahkan Schalke menerusi satu pengumuman rasmi di laman sosial rasmi pasukan.

Emil akan menggunakan jersi bernombor 15 telah menarik minat pengendali pasukan, Karel Geraerts selepas beliau meledakkan 16 jaringan dan mencipta lima gol dalam saingan Liga Denmark Bawah 19 tahun pada musim lalu.

Malah pada musim lalu, beliau turut pernah membuat dua penampilan bersama skuad senior FC Copenhagen dalam mengharungi saingan UEFA Conference League.

Selain Rasmus, Emil turut mempunyai seorang saudara kembar yang menyertai Jerman Eintracht Frankfurt pada bulan lalu iaitu Oscar…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version