Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Juara J1 League 2021, Kawasaki Frontale secara rasmi mengumumkan ketibaan pemain ASEAN paling berharga ketika ini, Chanathip Songkrasin selepas hampir sebulan mengadakan perbincangan mengenai perpindahan pemain itu.
Menurut apa yang dijelaskan oleh GM kelab Hokkaido Consadole Sapporo beberapa hari yang lalu, Kawasaki Frontale mula berhubung dengan mereka sekitar 23 Disember 2021 (hari perlawanan separuh akhir 1 Piala AFF 2020) yang lalu dan memberikan tawaran pertama untuk mendapatkan Chanathip Songkrasin.
Namun, tawaran itu ditolak serta-merta oleh Hokkaido Consadole Sapporo. yang mahu mengekalkan pemain yang banyak memberikan impak didalam dan luar padang itu.
Namun, Chanathip sendiri mahu kelab cuba untuk melepaskannya jika ada peluang yang lebih baik untuk kedua-dua pihak.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
