“Kami telah melaksanakan proses-proses bagi bersiap sedia dalam membuka kembali sempadan negara.
“Kerajaan juga akan terus berbincang dengan pakar-pakar kesihatan, dan sebaik sahaja mereka bersetuju, pintu sempadan negara akan dibuka kembali kepada pelancong,” kata Menteri Dalam Negeri Australia, Karen Andrews.
Sebelum ini, penduduk Australia yang telah divaksin dibenarkan keluar dari negara itu sejak 1 November lepas, manakala pekerja asing berkemahiran dan pelajar antarabangsa turut diterima masuk pada pertengahan Disember 2021.
Dengan bilangan kes Covid-19 di Australia dan negara-negara lain yang semakin berkurang, kerajaan negara itu kini memberi fokus untuk merancakkan kembali sektor pelancongan.
“Kerajaan sedar bahawa ekonomi negara ini terus tertekan termasuk sektor penting seperti pelancongan.
“Sama seperti pengendali perkhidmatan pelancongan di seluruh negara, kami ingin melihat pelancong luar kembali ke negara ini sebaik sahaja situasi disahkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: